Thursday, April 2, 2009

Kuasailah...wahai rakan- rakanku

sebut baik- baik...
2apr, tutorial 'islamic legal system' berlangsung...terdapat satu kumpulan yang membuat perbentangan, rakan yang duduk bersebelahah- bob, bertanyakan kenapa orang cina payah untuk sebut sesetengah perkataan melayu. Semasa perbentangan, seorang pembentang tersebut "teribat", "sivir" sedangakan ia sepatutnya disebut sebagai "terlibat" dan "sivil".
Wahai rakan- rakan saya, saya berasa amat malu, sedih. Seringkali, orang cina disanjung disebabkan kemahirannya dan kehebatannya dalam aspek ekonomi, namun apabila bercakapkan penguasaan bahasa, kaum cina jauh ditiggalkan. Bahasa yang saya maksudkan ialah bahasa melayu. Lazimnya, orang cina kurang mahir dalam bahasa melayu, pertuturan kurang fasih dan permahaman yang lemah. Ini menjadikan orang cina serigkali dipandang rendah dalam aspek penguasaan bahasa melayu. Kita tengoklah kawan di sekeliling kita, ramaikah yang mampu bertutur bm dengan fasih lancar. Jangan salah faham, saya tidak bermaksud semua cina tidak boleh bertutur dengan baik, tidak dinafikan ada juga yang fasih dan lancar dia bercakap.
Mungkin benda ini kami tidak pandang berat, ada pula orang kata "wat pe nak hebat sangat,leh faham...leh jawab...dah la to. Cakap sehebat mana pon tak jadi kaya...". Namun, ia cukup berbeza bagi saya, saya merasakan wujudnya satu keperluan untuk kami kuasai bahasa melayu. Kata orang, kalau nak orang hormat hang, hang kene hebat dulu.
Terlebih dahulu, saya ingin suarakan perspektif saya mengenai bahasa melayu. Saya merasakan penguasaan bahasa orang lain menjadikan kami lebih matang, lebih berilmu, lebih mantap. Contohnya, kami pelajari bahasa melayu, kami bukan sahaja belajar tatabahasanya, ejaannya...tapi, kami berpeluang mengambil tahu tentang budaya orang melayu, masakan dan makan orang melayu dan banyak lagi. Pada masa yang sama, kami dapat membandingkan perbezaan kaum cina dan melayu dalam banyak aspek. Maka, saya berasa bangga sekali kerana saya dapat, berpeluang belajar bahasa melayu. Kembali ke zaman persekolahan, saya boleh digolongkan dalam puak- puak yang anti malay bukan sahaja dari segi bahasanya, malah orang melayu saya anti-kan. Sikap ini berterusan sehinggalah zaman sekolah menengah, semasa di tingkatan dua saya mengambil bahagian dalam debat...huiyo, hebatnya...debat...hahahaha...buat pertama kali saya melangkah ke sekolah kebangsaan, sekolah yang dijajah oleh orang melayu, satupun orang cina saya tak nampak. Okaylah, relek je...bisik i dalam hati, " i datang pun bukan nak mengorat tapi debat". Sewaktu debat berlangsung, kami- satu- satunya sekolah yang menghantar semua pendebat kaum cina. Kamu nak tahu apa yang berlaku? Kami bertiga kaku semasa debat, mulut seolah- olah tersumbat, perkataan susah sekali hendak di lontarkan dari mulut. Wahai rakanku, cuba bayangkan, dengan satu dewan penuh penonton, saya, dengan pakaian yang cukup segak, rambut bersinar, kasut lagilah shining...tersekat- sekat menyampaikan hujah. Analoginya, sebuah Ferrari yang tidak boleh lari...Hancur semua pakaian segak, rambut dan kasutku...
Bermulalah saat itu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk majukan bahasa melayu. Saya berkata kepada kawan saya, saya mesti kuasai, mahir dan hebat dalam bahasa melayu. Bagi saya, mengapa kami tidak belajar sungguh- sungguh apabila kami diberi peluang...
bangkitlah wahai rakan- rakan saya...kuasailah bahasa malayu...
Jangan sesekali meminggirkan dan menolak bahasa melayu...
Kita hidup di Malaysia...
kita rakyat Malaysia...
Biarlah hebat dalam ekonomi mahupun bahasa melayu!!!

No comments:

Post a Comment