Ekoran Aminulrasyid Amzah - pelajar 14 tahun yang ditembak polis pada hujung bulan lalu, keluarganya telah menuntut supaya sekurang- kurangnya pihak polis dan kerajaan meminta maaf dan seterusnya membersihkan nama budak 14 tahun daripada dilabelkan "penjenayah".
Namun, pihak polis enggan berbuat demikian. Ditanya kenapa pihak PDRM enggan mminta maaf daripada keluarga Aminulrasyid, Tan Sri Hassan Musa (IGP/ KPS) bertindak untuk tidak mengulas topik ini. Katanya, ia mempunyai implikasi undang- undang.
Suka saya ditanya di sini, apakah "implikasi undang- undang" yang dimaksudkan si Tan Sri Musa???
Bagi saya, pihak PDRM patut memohon maaf daripada keluarga Aminulrasyid. Ini adalah kerana situasi dan keadaan kes A.rasyid memerlukan pihak polis supaya membuat demikian demi "membetulkan" persepsi orang ramai terhadap kewibawaan pihak polis negara Malaysia.
Kini, institusi PDRM merupakan antara institusi- institusi yang paling "disukai dan diminati" rakyat Malaysia. Kenapakah??? Pernahkah pihak polis memandang serius perkara ini??? Saya percaya seluruh badan PDRM sedar akan "pencapaian" ini. Tiada alasan bagi Tan Sri Musa Hassan untuk kata beliau tidak mengetahui.
Walaubagaimanapun, sudah sampainya masa pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan DS Hishammudin dan juga pihak PDRM membuat sesuatu supaya nama pihak polis Malaysia dapat diperbersih seterusnya mendapat balik keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak polis.
Memang benar pegawai yang tembak A.rasyid bukan Tan Sri Musa, namun beliau patut mengambil langkah, memberanikan diri dan berdepan dengan rakyat supaya satu respon yang memuaskan dapat diberi kepada rakyat.
Percayalah, seluruh rakyat Malaysia tahu dan sedar serta amat memahami apa yang sedang berlaku di negara kita. Insitusi polis, kehakiman dan sebagainya merupakan badan "kontroversi" yang selalu dijadikan isu/ bahan serang oleh pihak pembangkang terutamanya dalam pilihan raya.
Ada kawan- kawan yang memberitahu, kemenagan (majoriti tipis) yang diraih oleh kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor sebenarnya membuktikan kerajaan Barisan Nasional masih gagal mendapat balik sokongan, keyakinan dan kepercayaan rakyat.
DS Najib perlu sedar bahawa Pilihan raya merupakan satu platform di mana ia mencerminkan kepuasan rakyat terhadap pentadibiran negara kita. Dalam pada ini, institusi polis dan kehakiman memainkan peranan yang amat penting. Kini, rakyat mempersoalkan sejauh manakah badan kehakiman Malaysia independen; rakyat meragui ketelusan, kewibawaan pihak polis; rakyat bimbang hak- hak mereka dicabuli; rakyat menafikan barisan kerajaan yang gagal mempertahankan dan menjaga hak serta keselamatan mereka.
Pendek kata, tidak kiralah apa implikasi undang- undang yang dimaksudkan oleh Tan Sri Musa Hassan; rakyat tidak pedulikan. Apa yang rakyat mahu ialah keikhlasan pihak polis dalam menangani kemelut ini. Adakah semua rakyat meminta Tan SRi Musa letak jawatan? Adakah rakyat menuntut Tan Sri Hassan dibalas tembakan??? Tidak sama sekali.... Saya percaya, kebanyakan kita yang mampu berfikiran rasional; kita mahukan pihak polis sekurang- kurangnya memohon maaf terhadap ibu Aminulrasyid.
Tidak kiralah apa- apa agama, khususnya Islam mempertahankan nyawa dan keluarga umatnya. Nyawa dan keluarga merupakan antara lima rukun yang wajib dipertahankan umat- umat Islam selain Agama, Intelektual dan Harta.
Maka, saya menyeru rakan- rakan sekalian tidak kira bangsa dan jantina; sama- sama kita "menggalak/ mendesak" supaya Tan Sri Hassan memohon maaf kepada sekurang- kurangnya ibu Aminulrasyid...
Yang ikhlas dari hati,
Sdra JR
Sandiaga Convinced Erick Thohir Does Not Mean 'Dramatic' Syndicate
-
Warta Jurnal. Cawapres Sandiaga Uno opened his voice about the Chairman of
the Joko Widodo-Ma'ruf Amin National Campaign Team (TKN), Erick Thohir, who
was ...
6 years ago
No comments:
Post a Comment