Semester 2,bagi saya...amat pendek dan cepat berlalu, bagaikan sekelip mata sahaja. Kenang balik 28hb desember yang lepas, masa kami check in untuk semester 2, masuk kuliah seperti biasa, ade consti, contract, mls...
Perkara yang paling memeningkan adalah kita perlu belajar bahasa arab, " subahakhai...sabahannur...ismi...askunufi..."hahaha, walaubagaimanapun, bagi acap, haris subjek arab ni bagaikan kacang.
Namun, saya berasa amat gembira pada sem 2 ini, terasa best sangat. Yang hebat, kita dah de convention, convention ini bukan pasal sahaja minum dan cakap politik, malah cakap orang putih.
Banyak yang berlaku semester ini, ada yang pahit dan ada yang manis...
Teringat pada bulan lepas, kali pertama saya melangkah ke UiTM, masa itu adalah bersama acap, haris, bob, hassan dan syafiq sebab dengar hujah tv9 live.
Bulan- bulan yang lepas, kita berpeluang melihat live sidang parlimen...
Abng azim, abeh dan kak win datang bagi ceramah...
Program gaza... Dalam pada program ini, antara masa yang cukup gembira kerana dapat makan kek tiap- tiap hari. Orang ni takkan kita lupakan, siapakah dia??? Tak lain dan tak bukan, itulah Ara kita... Siapakah yang sanggup tidur pukul 3pagi hanya untuk buat muffin? Bukan senang nak buat muffin berpuluh- puluh ni.
Satu lagi yang kita takkan lupa ialah pbl kita...mls...consti...contract...
Dalam menyiapkan pbl mls, satu fuu bagaikan studio. Rakan- rakan yang bertegur akan bercakap pasal "shooting". Saya masih ingat lagi Acap cakap dengan saya, " are we lawyers? Everyone is concern about shooting"... Masing- masing kumpulan tutorial telah bekerja kuat dalam menghabiskaan tugasan ini, ada group yang buat shooting sampai ke POJ, kesemua group kita amat kreatif...
Walaupun ada segelintir yang menyifatkan shooting ini sebagai sesuatu yang membuang masa. Namun, bagi saya, cara pbl melalui shooting ini amat merelekskan, santai, menyeronokkan... Ia tidak terlalu teknikal seperti client counseling ataupun mooting.
Saya merasakan konsep "ying yang" sesuai menggambarkan situasi ini, di mana ada tugasan yang membebankan, pada masa yang sama, tidak kurang juga dengan sesuatu yang lebih ringan dan merelekskan. Konsep ini sangat penting dalam menyimbangkan kehidupan kita terutamanya dalam membahagikan tugasan seharian kita. Kata orang, seorang mesti rehat tak kira sesibuk manapun.
Banyak lagi yang kita lalui dalam semster 2 ini...
Kesemua yang kita lalui ini mendatangkan sesuatu kepada kita baik yang elok dan yang tak elok...
I LOVE FUU...
Sandiaga Convinced Erick Thohir Does Not Mean 'Dramatic' Syndicate
-
Warta Jurnal. Cawapres Sandiaga Uno opened his voice about the Chairman of
the Joko Widodo-Ma'ruf Amin National Campaign Team (TKN), Erick Thohir, who
was ...
6 years ago
No comments:
Post a Comment