Wednesday, May 6, 2009

Sasterawan negara tolak PPSMI...Sedih sungguh!!!

Dato' A. Samad Said

Dato' Shahnon Ahmad

Dato' Abdullah Hussain

Dato' Noordin Hassan

Prof muhammad Haji Salleh

Inilah lima "hero" yang menolak PPSMI dengan memberi 6 alasan yang mereka rasakan "munasabah"....

Antaranya,

" Pemegang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang dari negara- negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak daripadanya berasal dari negara bukan berbahasa Inggeris- seperti perancis, Jerman, jepun...Yang mencermelangkan mereka bukanlah bahasa Inggeris tapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan..."

Wahai rakan- rakan... Adakah anda berpuas hati dengan alasan yang diberikan ini???

Fikirlah, renunglah sedalam yang mungkin...

Jepun, jerman, perancis... Siapakah dia? adakah Malaysia setanding dengan mereka? Memang betul faktor yang mencemerlangkan mereka ialah ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun, tetapi kita perlu sedar kita masih tidak membuat formula tersendiri, manjalankan eksperimen tanpa bergantung kepada orang lain. Maka, kita perlu mengadaptasi ilmu yang ada...

Dari sinilah kami mula melangkah ke arah jepun, jerman, perancis...

Analoginya, sebelum kita berjalan, adakah ibubapa mengajar, memimpin kita???

PPSMI, bagi saya bukan "weapon" untuk menguasai bahasa Inggeris tapi bertindak sebagai medium yang memudahkan kita menguasai bidang sains dan matematik.

No comments:

Post a Comment